Khalid Samad nafi keluarkan kenyataan ini

Khalid Samad hari ini menafikan dua poster seolah keratan dua akhbar yang mengatakan beliau kecewa kerajaan batal operasi kilang arak.

Seperti dipetik dalam posting Facebook milik beliau Khalid berkata “Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.”

Poster itu berlegar-legar dalam kalangan penyokong kerajaan terutama kalangan penyokong Pas dan menjadi modal menyerang Khalid.

Khalid yang sebelum ini pernah diserang dengan isu kilang carlsberg turut menjadi mangsa situasi yang sama iaitu kenyataan yang tidak dikeluarkan beliau diposterkan dan disebarkan pihak yang tidak bertanggung jawab.

Beliau memetik sepotong ayat Quran buat renungan pemfitnah beliau :

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: …dan (mengada-adakan cerita) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh

(Surah Al-Baqarah: 191)

Sumber :