Khalid Jamlus

Khalid Jamlus umum terpaksa ‘gulung tikar’

Khalid Jamlus umum terpaksa ‘gulung tikar’

“Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”

Begitulah nasib bekas bintang bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus yang terpaksa menutup perniagaan makanan yang telah diusahakan sejak sembilan bulan lalu bermula esok.

Khalid yang mengusahakan gerai daging salai masak lemak di Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Selangor mengumumkan penutupan perniagaannya menerusi Facebook hari ini.

Biarpun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup, namun ketiadaan pelanggan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai memberi kesan kepada perniagaannya.

“Tikar yang kami bentang, tikar tu jugak kami terpaksa gulung,” tulis Khalid dalam Facebook rasminya hari ini.

Status Khalid mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang rata-rata memberi semangat kepada bekas bintang penyerang Selangor dan Perak berusia 44 tahun itu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Abang Lid, Khalid Jamlus 25..ramai org sangat terkesan dengan keadaan sekarang termasuklah saya,” tulis Noraini Ramli.

“Semoga dipermudahkan..insya-Allah ada petunjuk dari Allah swt…amin,” kata Ali Jinnah Jinnah.

“Stay strong Bang, insya-Allah ada rezeki boleh meniaga tempat lain…Masakan semua sedap… Ramai akan cari nanti,” kata pemilik akaun Encik Sharizam.

“Semoga dipermudahkan urusan bro sekeluarga.. meh bukak kat Ipoh pula,” kata Encik Sepol.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/sukan/2021/06/khalid-jamlus-terpaksa-tutup-kedai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=khalid-jamlus-terpaksa-tutup-kedai

JANGAN TERLEPAS:Makan bubur nasi sekali sehari, kutip sayur tepi jalan untuk teruskan hidup

CATEGORIES