Khairy tayang video anak terima vaksin Covid-19

Khairy tayang video anak terima vaksin Covid-19 khairy jamaluddin irfan khairi azlee khairi ustaz abdullah khairi khairi khairy jamaluddin twitter khairy jamaluddin wife khairy jamaluddin education khairy interstate travel

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengotakan katanya apabila membawa anaknya yang berusia enam tahun untuk menerima vaksin COVID-19.

Menerusi Instagram, Khairy memuat naik gambar dan video anaknya, Raif menerima vaksin di PPV PWTC, hari ini.

Sebelum ini terdapat banyak keraguan diluahkan individu tertentu, yang mahukan Khairy terlebih dahulu membuktikan vaksin itu selamat.

“Mungkin rakyat Malaysia sekarang nak tengok anak anda (Khairy) divaksin dan dipancarkan menerusi TV nasional dulu,” itu luahan pelakon, Catriona Ross, selepas Khairy mengumumkan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun akan diberikan suntikan vaksin Pfizer.

Awal bulan ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya.

“Saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.

“Anak saya berumur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” katanya.

BACA JUGA :

Asyik parking kereta depan rumah orang, jiran buat iklan jual kereta

UAE benarkan perjudian, kasino mewah beroperasi pada 2026

Tular remaja maut kerana dos penggalak di Sabah, ini penjelasan JKNS

TONTON JUGA :

CATEGORIES