Khairul Aming buat hal, selamba bagi duit raya ‘Qr Code’ setiap netizen yang komen

Dia sebelum itu meminta para pengikutnya di laman Twitter untuk berkongsi kod QR akaun bank mereka sebelum beliau berkongsi rezeki.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik semalam, Khairuaming berkata, “Duit raya tak pecah lagi.

Sampul raya tak beli lagi. Kau guna qr pay je la dik tahun ni,” katanya.

Khairul Aming buat hal, selamba bagi duit raya ‘Qr Code’ setiap netizen yang komen

Ciapan itu kemudiannya mendapat sambutan pengguna Twitter.

Dengan sebahagiannya mula berkongsi kod QR masing-masing dengan beberapa kapsyen yang kreatif. Mereka yang bertuah telah berjaya mendapat duit raya daripada Khairulaming, ada yang berjaya mendapat RM100 dan ada juga mereka yang mendapat RM50.

Baca Artikel Penuh