Khairuddin anggap Umno menempah maut jika bertanding lawan Pas di Terengganu

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi memberi komen mengenai isu hashtag #kerajaangagal​ yang mula tular
di media sosial sejak semalam.

Penggunaan hashtag tersebut mula trending di laman twitter dengan jumlah ciapan dilihat mencecah naik sehingga angka 150 ribu dan meletakkannya sebagai hashtag nombor satu di Malaysia yang paling banyak digunakan oleh pengguna Twitter.

“Saya pernah jadi pembangkang dan perkara ini biasa kerana pembangkang akan create hashtag menggambarkan persepsi negatif kepada kerajaan, yang penting sebagai kerajaan harus bekerja dan rakyat akan menilai kerja yang dibuat menjelang PRU nanti” katanya.

Ditanya mengenai Umno Terengganu yang bakal bertanding di seluruh negeri itu, beliau menjelaskan ianya akan menggagalkan misi parti itu di seluruh negara.

Jelasnya, “Umno berkerjasama bersama PAS dan bersetuju agar tidak berlaku petembungan 3 penjuru, kalau ianya berlaku saya yakin itu tidak akan dipersetujui di peringkat pusat”.

“Kalau diteruskan juga bererti ia menempah maut” katanya kepada media.

COMMENTS

Wordpress (0)