Ketika rakyat hilang kerja, pemimpin PN senang-lenang dapat jawatan

Pimpinan PAS, UMNO, BERSATU dan KARTEL tidak fikir masalah rakyat. Mereka hanya fikir bagaimana untuk memperkukuhkan kuasa dengan memberi jawatan kepada MP yang menyokong mereka.

Kesepakatan mereka dibentuk melalui jawatan dan ghanimah. Bukan berasaskan perjuangan membela rakyat. Mereka yang telah kayaraya atas jawatan politik ditambah lagi dengan jawatan dalam agensi kerajaan.

Rakyat melihat mereka dengan rakus menambah pendapatan ketika bencana COVID19 memberi kesan lepada ekonomi dan sosial. Mereka juga dilihat terus menyusun langkah merebut ghanimah hasil pengkhianatan mandat rakyat seperti bukti dibawah. PN menubuhkan kerajaan dengan mewujudkan ahli kabinet kepada 70 jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Lantikan Duta Khas bertaraf menteri untuk Presiden PAS dan Presiden PDP

Setakat ini 6 senator baharu mengangkat sumpah untuk memudahkan kedudukan dalam kerajaan

Lebih 30 kedudukan tertinggi pengurusan agensi kerajaan diberikan kepada MP dan pimpinan komponen PN termasuk MCA.

Pembahagian jawatan dilihat terus berjalan samada diperingkat pusat dan negeri yang dirampas oleh PN hasil rundingan pintu belakang.

Ketamakan kuasa PN ditunjukkan dengan lebih jelas lagi apabila terdapat lenyataan dari PAS bahawa mereka sedang mengintip MB Kedah dari jalan belakang.

Selepas Kedah, tidak mustahil PN akan terus menyusun langkah merompak mandat rakyat di Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah bagi memperkukuh dan melebar kuasa mereka.

Ridhuan Esa
Ketua Pemuda AMANAH Tenggara
18 Ramadhan 2020
11 Mei 2020

Sumber: