Ketegasan wanita ini menjaga aurat menjadi penyelamat dari terlibat nahas kapal terbang

Ketegasan wanita ini menjaga aurat menjadi penyelamat dari terlibat nahas kapal terbang

Umum mengetahui bahawa wanita Muslim di Malaysia rata-ratanya tidak akan mengalami sebarang isu berkaitan pemakaian hijab berbanding wanita muslim di sesetengah negara yang anti-Islam terutamanya di Amerika Syarikat.

Namun, tahukah anda akan kisah seorang wanita muslim Syria bernama Hala Atik yang berjaya menyelamatkan dirinya serta ahli keluarganya daripada menjadi mangsa nahas jatuhnya pesawat American Flight 101 disebabkan tekad beliau yang tidak mahu membuka hijab yang dipakainya?

Kisah inspirasi ini telah diceritakan oleh Marwa Atik, 29 tahun, seorang model hijab yag terkenal di Los Angeles dan juga merupakan anak saudara kepada Hala Atik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by marwa shariff atik (@marwaatik)

Keluarga Syria yang berhijrah ke Amerika Syarikat

Berdasarkan halaman Ilmfeed, kisahnya bermula apabila datuk Marwa mengambil keputusan untuk meninggalkan bumi Syria lalu berhijrah ke Amerika Syarikat. Difahamkan, datuknya akan berhijrah ke California terlebih dahulu sebelum diikuti oleh neneknya serta 7 orang anak mereka yang lain.

“Tiga minggu selepas datuk saya berhijrah ke California, tiba pula giliran nenek saya serta 7 orang anaknya yang lain berhijrah ke sana dengan menaiki penerbangan pesawat American Flight 191.”

“Pesawat berkenaan perlu melakukan tiga pendaratan untuk seketika bermula dari lapangan terbang New York dahulu. Di situ, mereka dikehendaki untuk memohon green card (Kad Status Penduduk Tetap) sebagai kad pengesahan taraf imigran di AS.”

“Setelah selesai semua urusan, barulah mereka boleh berlepas ke Chicago dan penerbangan terakhir akan mendarat di California,” ujar Marwa.

Dipaksa membuka hijab untuk mengambil gambar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by marwa shariff atik (@marwaatik)

Seperti yang kita tahu, setiap dokumen berupa kad adalah diwajibkan untuk disertakan sekali dengan gambar identiti berukuran pasport. Begitu juga Hala serta ahli keluarganya diminta untuk mengambil gambar pasport sebagai keperluan untuk menghasilkan green card ini.

“Untuk pengetahuan anda, mak cik Hala tidak akan pernah sesekalipun akan menanggalkan hijabnya dan saya kagum dengan pengangan prinsip beliau itu.”

“Berbalik kepada kisah tadi, tiba pula giliran mak cik Hala untuk mengambil gambarnya bagi kegunan dalam penghasilan green card tersebut.”

“Biasalah warga Amerika, kebanyakannya anti-Islam dan mereka menyuruh mak cik saya untuk membuka hijabnya. Namun, dia secara kerasnya mengatakan tidak kepada mereka.

Ulas lebih lanjut, selagi Hala (pada ketika itu berusia 13 tahun) berdegil dan tidak mahu membuka hijabnya hanya untuk sekeping gambar, selagi itulah dia serta keluarganya tidak akan dibenarkan untuk berhijrah ke Amerika apatah lagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

Namun, Hala langsung tidak ambil peduli dengan ugutan tersebut. Baginya maruah seorang wanita muslim yang berhijab mesti dipertahankan dan tidak akan membiarkan rambutnya dilihat oleh bukan mahram walaupun sehelai.

“Kedegilan mak cik Hala telah membuatkan nenek hilang sabar. Mana tidaknya, duit simpanan sudah dihabiskan untuk membeli tiket penerbangan dan pastinya merugikan sekiranya mereka terlepas penerbangan yang seterusnya untuk sampai ke California.”

“Puas nenek saya memujuk mak cik untuk membuka hijabnya namun pujukan tersebut langsung tidak berkesan.”

“Panggil seberapa ramai mana pun yang memujuk, saya tetap berkeras hati dan takkan menanggalkan hijab saya,” begitulah ujar mak cik Hala.

Setelah lebih daripada tiga jam pegawai imigran AS berbincang bersama penyelianya, akhirnya mereka bersetuju dan membenarkan Hala memakai hijabnya lalu dijadikan gambar pasport pada green card tersebut.

Terpaksa bermalam di New York
Gara-gara terlalu banyak masa terbuang disebabkan karenah Hala itu, mereka sekeluarga terpaksa melepaskan penerbangan pesawat yang seterusnya dan membeli tiket penerbangan yang baharu. Mereka kemudiannya bermalam pula di New York untuk sehari.

Perkara ini telah membuatkan nenek Marwa berasa kecewa dengan sikap Hala yang tidak mahu mengalah dengan kehendak pegawai imigran itu. Hari berikutnya, mereka pun berlepas ke California. Sepanjang perjalanan, nenek Marwa asyik membebel dan tidak habis menyalahkan Hala. Mereka sekeluarga akhirnya dilaporkan selamat tiba di California.

BeFunky-collage (81)

Terselamat daripada nahas pesawat American Flight 191

BeFunky-collage (81)
“Pada ketika itu, datuk saya menyambut kedatangan mereka dengan penuh perasaan syukur sambil berlinangan air mata kegembiraan.”

“Alhamdulilah, awak semua selamat, alhamdulilah awak semua selamat,” ujar datuk Marwa berulang-ulang kali mengucapkan kata syukur bahawa keluarganya selamat.

Hala sekeluarga pada ketika itu memberikan reaksi pelik dan tertanya-tanya mengapa ayahnya bersikap sedemikian seolah-olah menerima khabar baik yang terlalu gembira. Apabila ditanya mengapa dan berikut merupakan adalah jawapannya.

“Takdir sudah tertulis, awak semua terselamat. Pesawat yang sepatutnya kalian naik sebelum ini terhempas dan mengorbankan 271 penumpang.” jelas datuk Marwa.

Mereka semua terperanjat sambil mengalirkan tangisan terharu. Tidak dapat digambarkan betapa syukurnya mereka terselamat gara-gara Hala Atik yang berjaya melengahkan masa dengan tidak mahu membuka hijabnya sehingga penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan. Jika Hala tidak berbuat demikian, pastinya dia sekeluarga akan menjadi mangsa nahas pesawat berkenaan.

Berharap kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada wanita muslin di luar sana. Betul kata orang, hijab itu merupakan alat perlindungan zahir dan batin bagi kaum wanita. Dalam kes ini, terbukti bahawa hijab yang dipakai Hala Atik telah menyelamatkan dia sekeluarga daripada nahas pesawat American Flight 191 atas keizinanNya. – TV