Kesoronakan tiba-tiba bertukar panik, lelaki ini tiba-tiba tersangkut dalam gelongsor waterpark buat ramai anxiety
Kebiasaannya taman tema akan penuh pada musim cuti. Namun, bukan semua aktiviti dan permainan di situ ramai orang berani untuk cuba.
Iyalah, tambahan lagi dengan gelongsor yang tinggi dan laju. Pasti ada dekat sini yang pernah cuba bukan?
Kalau yang jenis takut itu, lebih baik jangan cuba takut lain pula jadi.
Tular sebuah video di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki tersangkut di dalam sebuah gelongsor air semasa sedang bermain telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Sampai tersilap nak cari jalan keluar
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah taman tema air. Dapat dilihat dia sedang bersiap sedia untuk memasuki dalam sebuah gelongsor laju.
Namun, sebaik saja pekerja itu melepaskannya ke dalam gelongsor selama beberapa minit, dia mula tidak bergerak dan tersangkut di dalam gelongsor itu.
Keadaan tersebut membuatkan dia panik dan cuba untuk mencari jalan keluar namun tidak berjaya.
Mujur saja ada pekerja yang menjaga di kawasan tersebut dan terus membukanya dari luar.
r
“For god sake I wont be playin this!” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Ada juga yang berseloroh takut dan tidak mahu mencubanya selepas melihat video berkenaan.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: