Kesian tengok jualan tak laku, penjual popis ni suruh pelanggan pergi gerai sebelah dipuji

Kesian tengok jualan tak laku, penjual popis ni suruh pelanggan pergi gerai sebelah dipuji. SUDAH menjadi lumrah bagi peniaga, ada hari untung dan ada masanya rugi.

Namun, usaha dan ikhtiar perlu dilakukan demi mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga bagi meneruskan kehidupan.

Bagaimanapun, peniaga popia pisang (popis), Apit Zaidi bukan sahaja berusaha untuk memajukan bisnes sendiri tetapi juga membantu peniaga di sebelah gerainya yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Apit, ‘jirannya’ yang menjual nasi dan aneka lauk itu baru sahaja mula berniaga di situ.

Katanya, gerai yang turut menjual nasi tomato itu tidak mendapat sambutan ramai, justeru dia menyeru pelanggannya datang dan membeli daripada peniaga sebelah dengan berkongsi video di TikTok sebelum ia tul4r.

Kesian tengok jualan tak laku, penjual popis ni suruh pelanggan pergi gerai sebelah dipuji

Tindakannya mempromosikan perniagaan jiran berbanding bisnes sendiri dalam video itu ternyata menyentuh hati dan mendapat perhatian ramai.

“Warga Sungai Petani. Saya nak minta tolong boleh? Saya tak boleh tahan tengok. Abang sebelah saya ni baru niaga. Nak sara anak bini.

“Dua hingga tiga hari dia niaga… Allahu, tak ada orang langsung. Jadi saya minta hampa (semua) mana baik hati singgah support dia boleh?

“Yang selalu beli popis kami saya nak cakap terima kasih. Jika esok kalian ada duit, beli dulu makanan abang sebelah ya. InsyaAllah nanti baru singgah beli popis saya balik ya. Kita tolong abang ni untuk semangat dia naik semula,” katanya dalam hantaran di TikTok.

@apitzaidi_ #popisBropit #MakananViral #SungaiPetani #Bropit #popis #sungaipetanikedah🔰 #TerimaKasih #fypdongggggggg ♬ original sound – Cha_Cinhay😍 – Adzkia Shopping

Meninjau ruangan komen, ramai mahu mencontohi kebaikan ditonjolkan peniaga popia ini yang langsung tidak mempunyai has4d dengk1 terhadap penjual lain dalam mencari rezeki.

Malah, ramai dalam kalangan mereka turut mendoakan agar kedua-dua peniaga berkenaan dimurahkan rezeki dan perniagaan masing-masing berkembang maju.

Jika esok kalian ada duit, beli dulu makanan abang sebelah ya.

APIT

Setelah beberapa hari video tersebut dimuat naik, Apit terkejut popis yang dijualnya sering habis walaupun video tersebut dikongsi dengan niat membantu melariskan jualan peniaga lain.

“Assalamualaikum, saya tak reti nak cakap macam mana sebab saya bukan reti cakap sangat.

“Hari ini 800 unit popis habis (dalam masa) 4 jam,” jelasnya.

Menerusi video terkini dimuat naik di TikTok, jelas Apit, pelanggan-pelanggan sanggup datang dari Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sendiri.

Popis dijual habis dalam masa 4 jam.

Dia yang berniaga di kedai Bropit Dessert Viral, Sungai Petani, Kedah mengingatkan semua supaya tidak mudah putus asa dan berniaga sambil menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

Untuk rekod, video asal dimuat naik di TikTok ini meraih lebih 700,000 setelah disiarkan.

BACA:

6 pemimpin muda berpengaruh di Malaysia yang perlu diberi perhatian

Aksi gadis cantik main bola pakai kain pelekat jadi perhatian

Jurumekap kantoikan muka Azira tanpa solekan, “nak pengsan tengok”