Kesan serius vaksin hingga ada kes kematian di Penjara Kajang dilaporkan, KKM jalankan siasatan

Kesan serius vaksin hingga ada kes kematian di Penjara Kajang dilaporkan, KKM jalankan siasatan. Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang menyiasat 18 kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius termasuk kematian dalam kalangan banduan di Penjara Kajang.

Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata, siasatan juga telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat lengkap.

Seterusnya katanya, laporan siasatan akan dibentangkan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) bagi mengesahkan kausaliti atau hubung kait antara vaksin dengan kesan advers yang dilaporkan.

“KKM akan memaklumkan situasi semasa laporan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan 18 kes kesan AEFI serius yang dilaporkan dalam kalangan penerima vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang di penjara tersebut.

Kesan serius vaksin hingga ada kes kematian di Penjara Kajang dilaporkan, KKM jalankan siasatan

Daripada 18 kes yang dilaporkan, surat itu memaklumkan sebanyak 15 kes melibatkan vaksin Pfizer manakala 3 lagi berkait dengan vaksin Sinovac.

Daripada kes AEFI itu, dua kematian dilaporkan dalam tempoh sebulan selepas vaksinasi, tiga kes melibatkan jantung manakala empat kes mengalami kelumpuhan.

Pada masa sama, laporan itu memaklumkan terdapat tiga kes unik terdapat nanah di tempat bukan suntikan, sementara enam kes melibatkan jangkitan di paru-paru.

Sementara itu, Roshayati berkata, pihaknya akan memantau secara berterusan keselamatan penggunaan semua vaksin termasuk vaksin Covid-19 melalui pemantauan laporan AEFI.

BACA:

Panas !!! 3 nama dilapor dari Bersatu untuk jawatan TPM
Tangguh ibadah umrah, BUMITRA kemuka 5 cadangan kepada kerajaan
Ini yang akan berlaku kepada dunia jika ais antartika cair dalam satu malam

CATEGORIES