Kes tiba-tiba naik, rakyat Terengganu luah kerisauan

Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kembali melonjak apabila merekodkan 13,034 kes iaitu kedua tertinggi sejak virus ini dikesan tahun lalu.

Orang ramai dilihat menyerbu ruangan komen hantaran Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah selepas beliau memuat naik angka jangkitan terbaharu sebentar tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati kebanyakan rakyat menyuarakan rasa bimbang dengan kadar peningkatan tersebut termasuk dari kalangan penduduk Terengganu.

“Tak pernah Terengganu naik sampai begini. Saya duduk Terengganu pun risau kalau begini,” komen Fara Salwa.

“Terengganu pecah rekod? Sekarang semua negeri kecuali Perlis macam sudah tidak selamat,” balas Alvin Ong.

“Boleh pecahkan kes-kes di Terengganu. Kluster dari mana? Tiba-tiba naik. Risaulah. Penduduk Terengganu tidak seramai mana,” ujar Nurhan Ghazali.

Ramai dalam kalangan rakyat berharap kerajaan mengambil tindakan drastik dan tidak bergantung kepada program vaksinasi mega semata-mata.

“Harap ada tindakan drastik selain bergantung harap program vaksin secara mega semata-mata,” ujar Zaidy Ramli.

“Betul, sebab sekarang varian delta sudah merebak satu negara, walaupun peratusan vaksinasi dah tinggi,” Mohd Aidil.

“Selangor campur Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sudah jadi lebih 8,000 kes,” komen pemilik akaun bernama Honorious Raymond

“Hari pertama PKP 3.0 ada 4,765 kes. Hari ke-72 ada jadi 13,034 kes. Rakyat sudah berkurung. Vaksin sudah suntik. Apa lagi yang tidak kena?,” soal Solehin Mukmin.

Terdapat juga segelintir netizen mencadangkan Kementerian Kesihatan mengeluarkan data jangkitan harian mengikut pecahan individu yang telah divaksin dan yang belum divaksin.

“Mungkin selepas ini boleh ada data peratusan harian kes aktif keseluruhan yang belum divaksin, telah divaksin satu dos dan dua dos,” tulis Perahu Hanyut.

“Rentas negeri untuk dua dos sabar-sabarlah dan fikir-fikirkan,” kata Azlan Aziz.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/22/rakyat-cadang-keluar-data-jangkitan-individu-divaksin/

BACA JUGA : Panas !!! Syed Saddiq akan didakwa lagi dengan dua pertuduhan?