Kes positif harian Covid-19 libatkan 92 peratus golongan belum terima vaksin

Kes positif harian Covid-19 libatkan 92 peratus golongan belum terima vaksin. Sebanyak 92 peratus daripada 14,516 kes harian jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan individu belum menerima suntikan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 97.9 peratus daripada 95 kes Kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan melibatkan mereka.

Menurut beliau, sebanyak 85.7 peratus daripada 77 kes Kategori 4 iaitu radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen juga melibatkan mereka yang belum terima suntikan.

Kes

“Sebanyak 83 kes (67.5 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) Kategori 3 iaitu radang paru-paru dan 7,045 kes (87.6 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) Kategori 2 iaitu bergejala ringan).

“Sebanyak 7,216 kes (95.6 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) Kategori 1 iaitu tidak bergejala. Oleh itu segeralah dapatkan vaksinasi agar anda dan keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/27/92-peratus-kes-jangkitan-belum-terima-vaksin/

jika terlepas: Panas !!! Lebih 2,200 kompaun dikeluarkan lepas 21 Julai