Kes libatkan Ebit Lew : Polis masih kumpulkan bukti

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses mengumpul bukti bagi melengkapkan siasatan kes melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan berkenaan kes itu masih dijalankan.

“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.

Kes libatkan Ebit Lew : Polis masih kumpulkan bukti

Ebit Lew

“Pada masa sama, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu terlibat dalam gangguan seksual.

Beliau kemudiannya dipanggil polis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual itu, bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu dan menganggap ia satu fitnah.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/13/polis-masih-kumpul-bukti-kes-libatkan-ebit-lew/

BACA JUGA : Polis serah kertas siasatan Nadir, Caprice ke D5 Bukit Aman

COMMENTS