Kes harian Covid-19 mulai turun ke 10,701 kes hari ini

Kes harian positif Covid-19 menurun hari ini apabila merekodkan 10,710 berbanding 12,528 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 916,561.

Beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu dengan 4,828 jangkitan manakala Kuala Lumpur 945 kes.

“Johor merekodkan 808 kes manakala Sabah (666), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Perak (407) dan Pahang (369).

“Pulau Pinang pula merekodkan 295 kes, Melaka (289, Sarawak – 261, Kelantan (146), Terengganu (123), Labuan (50), Putrajaya (51) dan Perlis (5),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/150743/KHAS/Covid-19/Covid-19-Kes-turun-rekod-10710-hari-ini

BACA JUGA : Surat MITI tak laku di SJR hingga 21 Julai – KPN

COMMENTS

Wordpress (0)