Kes Covid makin meningkat, Kedah catat paling tinggi

Terdapat 287 kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan ia jangkitan harian paling tinggi sejak wabak ini menular, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan bilangan kes positif terkumpul seramai 11,771 kes.

Semalam, terdapat 260 kes baru, kes harian kedua tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes.

Kedah mencatatkan jangkitan baru tertinggi hari ini dengan 129 kes, diikuti Sabah sebanyak 113 kes, Selangor (31 kes), tiga di Terengganu, tiga di Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing mencatatkan 2 kes, manakala Pahang, Kuala Lumpur, Johor dan Labuan pula merekod satu kes.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/544968

COMMENTS

Wordpress (0)