Kes buli MRSM : Mangsa dedah dipukul gara-gara tegur suspek tonton video lucah

Sebelum ini seramai enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang disyaki terlibat dalam kes buli di asrama ditahan polis untuk membantu siasatan dan telah digantung selama 2 minggu.

Menurut laporan Harian Metro, punca berlaku kejadian buli itu selepas mangsa menasihati seorang daripada suspek untuk berhenti menonton video lucah.

Perkara ini diperoleh selepas siasatan dan keterangan terhadap mangsa buli berkenaan dan ianga dikatakan sendiri Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Kes buli MRSM : Mangsa dedah dipukul gara-gara tegur suspek tonton video lucah

Kita sudah menemubual mangsa dan mendapati punca pergaduhan atau mengapa dibuli kerana mangsa dikatakan menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah melalui telefon bimbit.

Kemudian, mangsa mengatakan apabila suspek tidak berhenti melihat video berkenaan, dia akan maklumkan hal ini kepada guru atau warden.

Jadi, ia dikatakan menjadi punca suspek bertindak untuk memukul atau membuli mangsa.

Hal ini membuatkan enam orang suspek marah dan seorang pelajar tingkatan 3 mengarahkan enam suspek untuk memukul mangsa. Mangsa kemudiannya ditendang dan ditumbuk tanpa belas kasihan.

Mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor dan pihak polis sudah membuat tangkapan terhadap 10 individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

BACA JUGA : Wanita ini kecewa gagal bida harta sajat
Terkini !!! Mahkamah arah KDN daftar parti MUDA dalam tempoh 14 hari

Artikel ini disiarkan pada 14/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)