Kes baharu di Selangor mula turun ke 3,567 kes

Kes positif Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah yang dilaporkan 19,268 kes, berbanding 20,579 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan kes kumulatif positif Covid-19 setakat ini 1,725,357 juta kes.

Katanya, Selangor masih mencatatkan kes positif tertinggi setakat ini dengan 3,567 kes, menjadikan jumlah kumulatifnya 599,624 kes.

Kes baharu di Selangor mula turun ke 3,567 kes

Bagaimanapun, jumlah kes baharu di negeri itu menurun sebanyak 1,024 kes, berbanding semalam 4,591 kes.

Kes-kes mengikut pecahan negeri ialah Sabah 2,310 kes (kumulatif 145,249 kes), Johor 2,265 (136,488), Kedah 2,084 (97,100), Sarawak 2,028 (114,273), Pulau Pinang 1,780 (84,759), Kelantan 1,308 (76,047) dan Perak 1,144 (66,889).

Manakala Pahang – 788 (43,335), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 672 (172,236), Terengganu 544 (32,884), Melaka 395 (48,141), Negeri Sembilan 269 (91,261), Perlis 71 (1,890), WP Putrajaya 41 (5,373) dan WP Labuan dua kes (9,808).

Sementara itu, menurut Dr. Noor Hisham, statistik harian wad Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang turut menunjukkan pengurangan kes kemasukan dan kematian serta peningkat kes sembuh dan discaj.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/30/kes-baharu-positif-covid-19-hari-ini-19268-kes/

BACA JUGA : Bekas pesakit Covid-19 stage 4 kongsi pengalaman, larang keras minum air kelapa

Artikel ini disiarkan pada 30/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)