Kereta Syamsul Yusof terbakar, sekali lain pula komen netizen

Kereta Syamsul Yusof terbakar, sekali lain pula komen netizen

Tular sepotong video di laman TikTok yang menyaksikan kereta mewah jenis Lamborghini milik pengarah sensasi,

Syamsul Yusof tiba-tiba berasap di tengah jalan.

Kereta Syamsul Yusof terbakar, sekali lain pula komen netizen

Menerusi video yang dimuat naik pengguna bernama @syaza, kereta berwarna emas

(gold) itu dilihat secara tiba-tiba mengeluarkan asap yang tebal sebelum Syamsul bertindak berhenti di tengah-tengah jalan.

Kejadian difahamkan berlaku di sekitar kawasan ibu kota di Kuala Lumpur, pada Ahad malam.

Menerusi video tersebut juga, pengarah filem Mat Kilau itu kekal tenang keluar daripada keretanya itu sambil mencuba memeriksa keadaan sekeliling dengan sepuntung rokok di mulut.

@cmfavorite♬ original sound – syaza

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tersebut berlaku masih tidak dapat dipastikan.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersyukur melihat keadaan bapa kepada dua cahaya mata itu selamat serta tiada berlaku sebarang kecelakaan.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan insiden tersebut sebagai ‘kurma’ yang merujuk kepada perkataan karma ke atas dirinya.