Kereta mampu bertukar warna, BMW tunjuk teknologinya

Kereta mampu bertukar warna, BMW tunjuk teknologinya.BMW di Pameran Pengguna Elektronik 2022 (CES) yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat telah menayangkan kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi bertukar warna.

Teknologi yang digelar E-Ink itu diperlihatkan pada Kenderaan Konsep Utiliti Sukan (SUV) BMW iX Flow berkuasa elektrik. Panel badan SUV itu disaluti dengan material E-Ink yang akan membolehkan warna badan kenderaan itu berubah dalam tempoh yang sangat pantas.

Setakat ini, teknologi E-Ink yang dibangunkan BMW ini berupaya menukarkan badan kenderaan bertukar kepada 3 warna iaitu putih, hitam dan kelabu.

E-Ink mengandungi berjuta kapsul mikro sehalus rambut manusia yang mempunyai pigmen bercas negatif berwarna putih dan pignmen bercas positif berwarna hitam.

BMW menyatakan, teknologi perubahan warna pada badan kereta bukan sekadar astetik sahaja, tetapi juga efisiensi. Sebagai contoh dalam cuaca panas, warna hitam kenderaan dengan E-Ink boleh ditukar kepada warna putih bagi mengurangkan penyerapan haba.

Menurut BMW lagi, teknologi E-Ink ini bukan sahaja untuk penggunaan luaran sahaja, tetapi juga boleh digunakan pada bahagian dalam kenderaan seperti papan pemuka.

BACA JUGA :

3 Timbalan Pesuruhjaya SPRM keluar kenyataan bersama pagi Ahad pertahan Azam Baki
[Video] Tular aksi buaya berenang sambil depa kaki depan, ini sebenarnya berlaku
7 negeri diramal hujan lebat dan ribut petir malam ini, dinasihat ambil langkah berjaga-jaga

Artikel ini disiarkan pada 09/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)