Kereta Axia double park, aksi mak cik HRV ini dapat sokongan netizen

Kereta Axia double park, aksi mak cik HRV ini dapat sokongan netizen.Peningkatan jumlah kereta di Malaysia sekaligus telah menyebabkan ruangan parkir di tempat awam tidak mencukupi sehingga menyebabkan orang ramai meletakkan kereta di tempat-tempat yang tidak sesuai.

Baru-baru ini rakaman seorang mak cik melanggar sebuah kereta lain tular dan mencuri tumpuan pengguna TikTok apabila dia ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana ada sebuah Perodua Axia menghalang kereta Honda HR-V dipandunya untuk keluar daripada parkir.

Menurut pengguna TikTok lain, mereka menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam. Salah satu lokasi yang cukup terkenal di kalangan orang ramai untuk mencari pelbagai jenis makanan dan minuman untuk mengisi perut.

Rata-rata ramai mengecam pemandu Perodua Axia tersebut yang tidak bertimbang rasa kerana double-park di kawasan orang ramai sehingga menyebabkan kesukaran kepada pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Kereta Axia

@miaayuslixEntah lah tak tahu nak cakap apa 😮‍💨.. kesian kat makcik tu♬ as usual – Official Sound Studio

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman terpaksa menghubungi majlis perbandaran untuk mengangkut kenderaan lain yang menghalang jalan hampir 30 minit sehingga mengganggu urusan orang lain.

Sumber: https://www.thevocket.com/rakaman-mak-cik-ini-terpaksa-langgar-axia-untuk-keluar-parkir-curi-tumpuan-ramai/

COMMENTS

Wordpress (0)