Kerana terlalu miskin, 5 tahun keluarga ini tinggal di tandas awam

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Menurut laporan dari Tribun News, sebuah keluarga miskin di Indonesia terpaksa tinggal di tandas awam selama lima tahun.

Udin bersama isteri dan anaknya tinggal di tandas awam.

Udin, yang bekerja sebagai buruh binaan, terpaksa membawa keluarganya tinggal di tandas awam kerana mereka tidak memiliki tempat tinggal yang lain.

“Saya dan keluarga terpaksa tinggal di sini kerana tiada rumah, tinggal bersama dengan orang tua pun susah,

jadi saya mahu berdikari dan tinggal di sini,” katanya kepada Kompas.

Kerana terlalu miskin, 5 tahun keluarga ini tinggal di tandas awam

Tandas awam yang menjadi kediaman keluarga Udin dibina pada tahun 2014.

Walaupun tandas itu mempunyai tiga bilik, Udin mengubahsuai bahagian dalam tandas supaya menjadi dua bilik.

Dia telah meminta izin daripada ketua kampung untuk menetap di tandas awam tersebut dan telah diberikan kebenaran.

Tandas tersebut sudah lama tidak digunakan oleh penduduk kampung kerana mereka memiliki tandas di rumah masing-masing.

Udin berharap agar kerajaan dapat memberikan bantuan untuk perumahan yang layak kepada dirinya dan keluarganya.

BACA: “Jiran mesej beritahu nampak suami kat rumah mak aku tapi mak tiada, rupa-rupanya ini kerja suami