Kerana tak faham bahasa inggeris, wanita ini dedah kena cas sampai RM44 untuk air Starbucks undang reaksi netizen.
Gara-Gara Tak Faham ‘English’, Wanita Ini Kongsi Dicas RM44 Untuk Satu Minuman.
Baru-baru ini tular satu perkongsian oleh seorang pelajar wanita di laman Facebook MMU Confessions.
Menurutnya, beliau telah ke sebuah kafe yang terkenal untuk membeli secawan minuman di kafe tersebut.
Semasa membuat pesanan, beliau dilayan oleh seorang pekerja dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Semasa membuat pesanan itu beliau dikatakan mengambil masa yang sedikit lama kerana kurang mahir menggunakan bahasa Inggeris dan tidak tahu mengenai beberapa istilah yang digunakan di kafe itu.
Beliau hanya mengangguk ‘ya’ setiap rekomendasi dari barista itu tanpa mengetahui beliau akan dicas lebih untuk pesanan itu.
Gara-Gara Tak Faham ‘English’, Wanita Ini Kongsi Dicas RM44 Untuk Satu Minuman
Tambahnya, beliau terkejut apabila melihat resit yang tertera adalah sebanyak RM 44.10 hanya untuk secawan minuman.
“Harga sebenar minuman cuma RM21.50. Tetapi disebabkan beliau bersetuju untuk menambah banyak add-on dan topping jadi tak hairanlah lepas tengok resit”
Perkongsian itu mendapat banyak reaksi dari netizen.
Tambah netizen mereka tidak dapat membantu wanita itu sebaliknya sempat mengajarnya cara-cara membuat pesanan yang betul sekiranya beliau akan ke kafe itu semula.
Ramai daripada mereka mengingatkannya untuk mengelak daripada menambah add-on dan menegaskan bahawa minuman itu sahaja sudah memadai.
Gara-Gara Tak Faham ‘English’, Wanita Ini Kongsi Dicas RM44 Untuk Satu Minuman
Tambah netizen, beliau boleh bertanya sama ada add-on itu diberi secara percuma atau pun perlu dibayar sebelum bersetuju menambah bahan tambahan.
BACA: