Kerana ‘senyuman’, jadi punca lelaki ini temui ajal

Seorang lelaki telah meninggal dunia semasa menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk ‘senyuman’ menjelang perkahwinannya minggu lalu, dilaporkan oleh NDTV.

Menurut polis, mangsa, Laxmi Narayana Vinjam, 28, meninggal dunia semasa menjalani prosedur itu di Klinik Pergigian Antarabangsa FMS di sini pada 16 Februari lalu.

Bapa kepada Laxmi Narayana Vinjam, Ramulu Vinjam, mendakwa bahawa anaknya meninggal dunia akibat dos bius yang berlebihan.

Kerana 'senyuman', jadi punca lelaki ini temui ajal

Beliau menyatakan bahawa selepas anaknya pengsan semasa pembedahan, kakitangan menghubunginya dan meminta dia datang ke klinik.

“Kami segera membawanya ke hospital berhampiran, di mana doktor mengesahkan kematian anak saya.

Baca Artikel Penuh