Kerajaan yang disokong penjenayah – Ezam

Di parlimen sekarang ada sekurang kurangnya 6 ahli parlimen yang dibicara kes jenayah rasuah. ( Termasuk seorang ahli parlimen dan menteri kanan yang terlepas dakwaan video jijik jenayah kerana melacur kuasa)

Kesemua mereka mengundi menyokong usul kerajaan dan PM.

Undi mereka menentukan (crucial) kerana tanpa 6 undi ini usul PM kalah (Dengan undi mereka pun PM masih tidak dapat majoriti mudah 112).

Maka jadilah PM dan kerajaan ini kerajaan yang disokong oleh penjenayah.Atau singkatnya kerajaan penjenayah.

Inilah akibat keutamaan (awlawiyyat) yang salah.Orang besar hukumannya lambat. Orang kecil hukumannya cepat.

Kalau keutamaan mereka betul, kesemua atau sebahagian mereka sudah tidak berada lagi didalam parlimen dan membuat undi yang penting dan menentukan.

Keutamaan yang betul ialah lebih besar seseorang itu, lebih cepat proses hukumnya Mereka terbalik.

Rasulullah saw sendiri pernah mengingatkan dengan tegas jangan ikut Bani Israel dimana penjenayah dikalangan orang besar lepas, orang kecil dihukum pantas.

Mereka tidak peduli saranan Rasulullah saw Mereka berdoa menyebut nama Allah dan Rasul tetapi mereka tidak ikut saranan Rasul.

Maka jadilah dewan parlimen yang penuh kemuliaan, menjadi dewan yang penuh dengan kehinaan.

Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98

Sumber :