Kerajaan tidak akan tarik balik kelulusan lesen jual arak

Kerajaan tidak akan tarik balik kelulusan lesen jual arak.Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kelulusan berkaitan pelesenan penjualan minuman keras, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Malah beliau turut menafikan tohmahan yang menuduhnya bertindak membatalkan kelusan berkaitan aspek pelesenan tersebut.

Memetik laopran FMT dasar sedia ada telah menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu mempunyai lesen bawah Akta Eksais 1976 dan sebarang pelesenan penjualannya perlu mendapat kelulusan Lembaga Pelesenan selaras Seksyen 35, Akta Eksais 1976.

Aspek pelesenan penjualan minuman keras adalah bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik oleh perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah diwartakan pada 1977, kata beliau.

bank-bank

“Sehubungan itu, dakwaan atau tohmahan bahawa Menteri Kewangan telah membatalkan perwakilan kuasa tersebut adalah tidak benar. Terdapat kekeliruan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras ini di peringkat negeri.

“Saya ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada 1977 masih kekal. Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang dan pelesenan penjualan minuman keras kekal bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Tony Pua Kiam Wee (PH-Damansara) mengenai alasan Kementerian Kewangan tidak membatalkan secara langsung perintah pelesenan penjualan minuman keras supaya tiada kuasa perlu diturunkan kepada kerajaan negeri.

Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Wee Ka Siong menerusi catatan di laman Facebook beliau, memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan JKDM untuk membatalkan dasar baharu pelesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.

Menurut Tengku Zafrul, tindakan sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikan perkara tersebut selewat-lewatnya menjelang hujung tahun ini, pada 31 Dis 2021.

“Oleh itu, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya,” katanya.

BACA: Aksi dua wanita persenda OKU menjadi tular

Artikel ini disiarkan pada 09/12/2021

COMMENTS