Pada pendapat saya, kerajaan PN terlalu taksub dengan PPN mereka dan terlalu bergantung penuh pada vaksinasi.
Sehingga keadaan semasa yang semakin bertambah parah tidak diberi perhatian dan perbetulan mendesak yang sewajarnya.
Kes aktif sudah cecah 170,000 hari ini – hampir 3 kali ganda lebih tinggi berbanding sebulan dahulu. Rekod tertinggi.
Kes baharu mencecah 16,000 dan kematian melebihi 200 nyawa sehari seakan-akan sedang jadi kebiasaan yang sudah diterima kerajaan. Rekod tertinggi.
Jumlah kluster baharu dikesan sebanyak 42. Rekod tertinggi.
Masalah kapasiti hospital tercecah juga belum reda. Hari-hari tersebar video keadaan hospital yang menyakitkan hati.
Tiap-tiap hari ada berita rakan sekerja, kawan, kenalan atau saudara yang dijangkit atau telah hilang nyawa akibat Covid.
Rakyat biasa semakin takut untuk keluar rumah tetapi semakin tidak berduit setelah berkurung 77 hari sejak PKP 3.0 bermula.
Nak lockdown lebih ketat, Rakyat tak berduit.
Tak lockdown ketat, keadaan semakin mengerikan.
Saya ada cadangan yang saya akan bawa ke Parlimen pada hari Khamis (bukan lagi esok setelah dijadual semula oleh mereka) bagi meredakan dengan pantas keadaan yang amat perit, muram dan seram ketika ini.
Sumber :