Kerajaan PN 2.0 bakal naik kembali dengan pencalonan Ismail Sabri?

Melaka

Kerajaan PN 2.0 bakal naik kembali dengan pencalonan ismail Sabri.Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO sepakat menghantar hanya satu nama sebagai calon Perdana Menteri Kesembilan iaitu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi laman sosial Facebook beliau awal pagi ini.

Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO ‘berpadu bersama’ menghantar hanya satu nama iaitu Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang memberi respons terhadap kenyataan Ahmad berkata, proses seterusnya adalah menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.

Kerajaan

“Sahih. Dengan restu dan persetujuan Presiden, Timbalan serta MKT, hanya satu nama dihantar. Sepertimana pendekatan UMNO sebelum ini, proses seterusnya adalah terserah kepada kebijaksanaan SPB Yang DiPertuan Agong,” katanya dalam laman Facebook beliau.

Difahamkan, sehingga kini Ismail Sabri mendapat sekurang-kurangnya sokongan 115 ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan.

Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Terdahulu, semua ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan kepada Istana Negara.

Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang ini untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis.

Kesepakatan BN dan UMNO memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri itu menguatkan spekulasi pembentukan semula Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini berikutan, ahli-ahli Parlimen dalam parti yang membentuk PN dikatakan turut menyokong pemilihan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

Beliau yang merupakan bekas peguam lulusan undang-undang dari Universiti pernah mengepalai lima kementerian besar iaitu menjadi Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Di dalam Kerajaan PN, beliau menjadi Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Di dalam parti, Ahli Parlimen Bera itu adalah Naib Presiden UMNO.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/pencalonan-ismail-sabri-kuatkan-spekulasi-pembentukan-semula-kerajaan-pn/

BACA: Dapat serangan jantung selepas divaksin, lelaki terima pampasan RM703,000

COMMENTS

Wordpress (0)