Kerajaan pertimbang beri pencen kepada semua bekas tentera – PM

Muhyiddin

Kerajaan pertimbang beri pencen kepada semua bekas tentera .Kerajaan bercadang memberikan pencen kepada semua bekas anggota tentera termasuk yang tidak cukup tempoh pencen bagi menjaga kebajikan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian terperinci sedang dilakukan termasuk mendapatkan maklumat bekas-bekas tentera yang telah menamatkan perkhidmatan awal.

“Sekarang sesiapa pencen awal sebelum 21 tahun mereka tidak ada pencen, ini menyebabkan mereka menjadi veteran dan tidak ada pendapatan.

“Walaupun ada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) yang melatih tentera sebelum bersara tetapi tidak semuanya berjaya dalam perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Yang hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Kerajaan

Ismail Sabri berkata, pada masa ini kajian sedang dilakukan oleh pihak Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bagi merealisasikan pemberian pencen kepada semua bekas anggota tentera.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan terus menambahbaik aset pertahanan termasuk aspek persenjataan berdasarkan kepada teknologi terkini.

“Jadi apa yang dilihat hari ini (Eksesais Para Predator) jelas menunjukkan walau dalam keadaan aman sekali pun kita tida boleh leka sebab itulah eksesais. besar seperti ini boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

“Jadi sempena kemerdekaan ini kita memberi jaminan bahawa Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/pm-pertimbang-pencen-kepada-semua-bekas-tentera/

BACA: 88.7 peratus individu dewasa Lembah Klang telah lengkap 2 dos vaksin

COMMENTS

Wordpress (0)