Kerajaan negeri sediakan bas percuma kepada penduduk Taman Sri Muda

Kerajaan negeri sediakan bas percuma kepada penduduk Taman Sri Muda.Kemudahan laluan sementara Bas Smart Selangor di sekitar Taman Sri Muda di sini disediakan untuk melancarkan pergerakan di lokasi terjejas teruk akibat banjir pada 18 Disember lalu itu.

EXCO Pengangkutan Ng Sze Han berkata ini kerana penempatan berkenaan padat dengan penduduk dan kawasan yang terjejas juga luas.

“Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan laluan sementara Bas Smart Selangor untuk kemudahan penduduk Taman Sri Muda yang terkesan dengan bencana banjir.

“Inisiatif ini supaya mereka mudah untuk keluar masuk, ramai yang terjejas akibat kerosakan kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

Pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor dikehendaki mengimbas QR kod ketika tinjauan Selangorkini di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 2 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI

Kerajaan negeri sediakan bas percuma kepada penduduk Taman Sri Muda
Tambah Sze Han, Kerajaan Selangor akan melihat sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan laluan sementara itu sebelum memutuskan tempoh operasinya.

Laluan sementara Bas Smart Selangor di sekitar Taman Sri Muda di sini disediakan untuk kegunaan penduduk terkesan banjir di kawasan itu yang bermula sejak semalam.

Laluan itu bermula di Hab Sri Muda diikuti Balai Polis Sri Muda, Hentian Jalan Hasrat, Pasaraya NSK, Petron Sri Muda, Pangsapuri Andorra dan berakhir di Hab Sri Muda.

Perkhidmatan tersebut bermula 6 pagi hingga 10 malam dengan kekerapan sejam.

BACA:

Petani terkejut temui batu berlian bernilai RM300 ribu sewaktu menggali tanah kebunnya
78 peratus jangkaan Omicron baharu adalah daripada jemaah umrah – Khairy
Amaran hujan lebat dan ribut petir malam ini di 7 negeri, siap sedia banjir…

Artikel ini disiarkan pada 03/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)