Kerajaan Muafakat Nasional di Kelantan dan Terengganu Selepas Aidilfitri?

Muafakat Nasional yg ditubuhkan secara bersama oleh Umno dan Pas kini diberitakan akan bergerak setapak kehadapan lagi.

Menurut sumber, perbincangan telah berlaku di antara Umno dan Pas untuk membentuk kerajaan Muafakat Nasional di Kelantan dan Terengganu. Adalah dijangka pembentukan kerajaan Muafakat Nasional akan selesai selepas hari raya Aidilfitri.

“Arahan dari pejabat Presiden sudah turun kepada negeri berkenaan untuk menyelesaikan segera pembentukan kerajaan Muafakat Nasional ini. Beberapa orang exco pas akan melepaskan jawatan mereka bagi membolehkan Adun dari BN masuk dalam kerajaan sebagai exco kerajaan negeri. Untuk jawatan Menteri Besar akan tiada perubahan akan tetapi bagi jawatan Timbalan Menteri Besar, akan diwujudkan semula jawatan Timbalan Menteri Besar 2 dan jawatan ini akan diberikan kepada Umno.” Ujar sumber berkenaan.

Sumber berkenaan juga memberitahu bahawa selepas itu perlantikan semula bagi jawatan penghulu-penghulu akan dibuat semula.

” Gerakan bagi mengenal pasti mereka yang layak untuk dilantik sedang giat dibuat diperingkat pimpinan atas. Selepas selesai, barulah ia akan dibawa kepada makluman pimpinan di peringkat kawasan” ujar sumber berkenaan.

“Saya harap kita semua berdoa agar kerajaan Muafakat Nasional ini boleh segera wujud dan berdiri sebagai sebuah kerajaan yang kukuh bagi menghadapi ancaman DAP di Kelantan dan Terengganu” kata beliau menutup perbincangan.