Kerajaan kena saman dengan Swatch, tak puas hati kerajaan rampas jam ‘LGBTQ’

Kerajaan kena saman dengan Swatch, tak puas hati kerajaan rampas jam ‘LGBTQ’

Swatch Malaysia menfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan kerajaan merampas 172 jam tangan termasuk siri “Pride Collection” jenama itu, pada Mei lalu.

Rampasan dibuat pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa kedai Swatch yang dibuat kerana jam tangan terbabit dikatakan mempunyai unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kerajaan kena saman dengan Swatch, tak puas hati kerajaan rampas jam 'LGBTQ'

Dalam permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman, syarikat itu mendakwa rampasan berkenaan tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Menurutnya, berdasarkan akta itu istilah penerbitan terhad untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak.

Baca Artikel Penuh