Kerajaan gagal : Pemuda ini jawab tulisan Presiden Pas

Kerajaan gagal : Pemuda ini jawab tulisan Presiden Pas.Tuan Haji Duta Khas, sekali lagi nak betulkan, Malaysia memang tidak gagal. Tapi yang gagal tu adalah kerajaan.

Rakyat Malaysia masih ramai yang waras untuk menilai keadaan sebenar yang berlaku dalam negara ini. Kita sudah ada 70 menteri dan timbalan menteri kabinet sejak lebih setahun lepas, tapi masih gagal mengurus pandemik walaupun diberikan kuasa penuh menerusi Darurat dan lain-lain.

Malah pihak yang mengatakan kerajaan gagal itu adalah sebahagian daripada kerajaan sendiri, bukannya rakyat atau pemimpin pembangkang.

Bahkan bagi sebahagian rakyat, kerajaan hari ini bukan sekadar gagal tapi mereka panggil #KerajaanBodoh atau #KerajaanBangsat!

Kerajaan

Masakan tidak, dalam keadaan rakyat di bawah terus ditekan dengan pelbagai sekatan, menteri-menteri di atas boleh pula ziarah-menziarah antara satu sama lain
.
Dalam keadaan rakyat di bawah kehilangan pendapatan dan pekerjaan, menteri-menteri di atas boleh pulak berbagi-bagi jawatan dan naik pangkat antara satu sama lain?

Keduanya, Tuan Haji Duta Khas masih tidak tahukah bahawa ada negara yang berjaya menangani wabak Covid-19?

Tuan Haji Duta Khas tak tahu keadaan di negara China hari ini bagaimana? Walaupun China itu dikatakan negara yang menjadi punca meletus pandemik hari ini dengan virus yang dikenali sebagai Wuhan suatu ketika, hari ini negaranya hampir bebas sepenuhnya daripada virus itu sendiri.

Jumlah rakyatnya tak sampai pun 100 ribu yang dijangkiti Covid-19 daripada lebih 1 bilion manusia, tetapi negara kita yang kecil ‘secoet’ ini hampir sepuluh kali ganda rakyat dijangkiti Covid berbanding China!

Begitu juga di New Zealand. Kerajaannya berjaya mengawal pandemik dengan baik.

Bahkan negara terdekat dengan kita sendiri, yakni Singapura dan Brunei. Mengapa tidak kita mengambil contoh-contoh ini?

Jangan hanya bandingkan negara kita dengan negara-negara di Timur Tengah. Tahulah Tuan Haji Duta Khas adalah Duta Khas PM ke Timur Tengah.

Ataupun status bertaraf ‘Menteri’ itu telah menghijab Tuan Haji Duta Khas dari menyatakan kebenaran?

Sumber:

jika Anda Terlepas: Henti berpolitik? Nasihat PM tu, kata Saifuddin kepada Ismail Sabri
.

COMMENTS

Wordpress (0)