Kerajaan perlu segera melaksanakan Langkah Konstruktif Berperingkat bagi menarik balik PKP Tetapi pada masa yang sama terus Menguatkuasakan pelbagai SOP Keselamatan dan amalan penjagaan Kesihatan setiap rakyat mencakupi pelbagai bidang Sosio-Ekonomi.
Langkah PKP telah berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19 dan sekaligus memberi peluang kepada rakyat untuk memahami (menyedari) kewujudan Virus Corona yang menjadi penyebab kepada Penyakit Covid-19, yang berpotensi membawa maut serta langkah-langkah bagi mengelakkannya.
Walau bagaimanapun, PKP itu sendiri diakui (oleh KKM) tidak mampu dan tidak akan mampu menghapuskan wabak ini. Prosesnya masih panjang dan usaha pencarian vaksin penyembuh perlu terus digembleng oleh seluruh saintis dunia, termasuklah Malaysia.
Tetapi dunia tidak boleh dibiarkan untuk terus dengan situasi pasif yang sama seperti berlangsung sekarang iaitu “stay at home”.
Kita perlu terus hidup, dan tidak perlu “mati” lebih awal sebelum virus corona dan Covid-19 sendiri menjadi penyebab kepada kematian kita.
Kita perlu terus hidup. Rakyat, negara dan dunia ini perlu terus beroperasi dengan halacara normal-normal yang baharu. Dan normal-normal yang baharu itu sama sekali tidak bermaksud “keep stay at home”.
Sudah sampai masanya Kerajaan serius menggerakkan langkah konstruktif secara berperingkat untuk menarik balik PKP TETAPI pada masa yang sama terus menguatkuasakan pelbagai SOP Keselamatan dan amalan penjagaan Kesihatan kepada setiap rakyat mencakupi semua bidang sosio-ekonomi yang ada.
Justeru, pertanyaan saya, adakah Kerajaan sudah mempunyai perancangan konstruktif berkaitan ini dan sudahkah bersedia bagi melaksanakannya?
Sumber: