Kerajaan beri jaminan tidak akan kenakan sekatan terhadap kanak-kanak tak vaksin

jawatankuasa khas jaminan akses bekalan vaksin covid-19 wang jaminan pelaksanaan gaji kerajaan 2021 jawatan kosong kerajaan bantuan kerajaan 2021 kerja kosong kerajaan gaji kerajaan klinik gigi kerajaan

 

Kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Namun menurutnya ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada COVID-19.

jawatankuasa khas jaminan akses bekalan vaksin covid-19 wang jaminan pelaksanaan gaji kerajaan 2021 jawatan kosong kerajaan bantuan kerajaan 2021 kerja kosong kerajaan gaji kerajaan klinik gigi kerajaan

Khairy berkata golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana PICKids adalah tidak wajib.

“Daftar anak anda (5-11 tahun) untuk #PICKids di MySJ. Lindungi mereka dari COVID-19,” katanya dalam ciapan terkini di Twitter.

Minggu lalu, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dahulu.

Melalui inisiatif itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Febuari 2022, dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.

KKM ketika ini mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, yang antara lain ialah kebenaran makan di restoran.

Baca Juga : Tular video kereta e hailing dilarikan penyamun, polis sahkan berjaya tahan penyamun terbabit
Ini gambar original duit Malaysia sebelum dicetak
Tak perlu pun tapis air rebusan maggi, ini sebabnya…

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)