Kepimpinan baru yang lebih tegas dan berani diperlukan ketika ini – Anwar

Kepimpinan baru yang lebih tegas dan berani diperlukan ketika ini .Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sebuah kerajaan baharu yang mempunyai barisan kepimpinan yang tegas dan berani dapat ditubuhkan bagi menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi negara.

Anwar menjelaskan, untuk menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini perlu ditubuhkan.

“Kita jelaskan untuk tangani masalah ekonomi ini kita perlu sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini kerana banyak badan perniagaan seperti badan perniagaan Jepun dan Jerman yang menjelaskan bahawa dasar kita ini cacamarba, mereka tidak jelas.

“Kerana itu kita perlukan satu pendekatan yang tetap, tidak boleh ambil pendekatan yang digunakan satu tahun setengah yang lalu, ulang pendekatan yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.

“Pada pandangan saya, yang perlu dilakukan ialah memperlihatkan dasar yang jelas bahawa beberapa bidang ekonomi dengan syarat-syarat dengan ketat, dengan SOP, dengan vaksin harus dibuka bertahap dan dipantau dengan ketat supaya orang boleh cari makan dan hidup,” katanya menerusi satu video yang disiarkan di Facebooknya.

Kepimpinan

Anwar mengakui bahawa apa yang beliau cadangkan itu mempunyai risiko namun ia boleh dilaksana dengan dasar jelas yang diyakini pelabur.

Beliau juga menegaskan keadaan bertambah rumit apabila beberapa individu masih memikirkan tentang kepentingan dan keuntungan sendiri.

“Ini bukan ekonomi, ini melahap harta rakyat, itu beza, jadi kalau kita tumpu, bersihkan dari gejala-gejala tamak haloba ini ekonomi boleh dipulihkan.

“Saya yakin kita boleh pulihkan dengan cara bertahap, saya tidak bersetuju buka secara sewenang-wenangnya melainkan proses vaksin kepada semua baru boleh buka, dan dipantau baru boleh buka ekonomi,” katanya lagi.

Menyentuh soal pendidikan, Anwar mempersoalkan adakah persediaan yang cukup telah dibuat sebelum membuka sesi persekolahan pada 1 September nanti.

“Persoalan apakah semua guru telah divaskin, bagaimana jaminan keselamatan guru dan pelajar bila sekolah dibuka. Apa langkah bagi guru dan pelajar di zon merah?” katanya.

Beliau turut mempersoalkan janji pemberian tablet yang dibuat kira-kira setahun yang lalu yang masih belum diterima sebahagian besar pelajar.

Berita Penuh: https://www.astroawani.com/berita-politik/negara-perlukan-kepimpinan-baru-yang-tegas-dan-berani-untuk-tangani-covid19-ekonomi-anwar-313728

BACA: Gempar !!! PN sedang berusaha bentuk jajaran baharu bersama Warisan, Pejuang?
BACA: Telefon bimbit dilarang bawa dalam mesyuarat tertentu kerajaan

COMMENTS

Wordpress (0)