Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, yang sering menjadi perhatian ramai
kerana usahanya membantu mangsa banjir di negeri Cik Siti Wan Kembang,
kini dikhabarkan mengalami keletihan sehingga memerlukan rawatan perubatan.
Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh rakan Khairul Aming, @kemeyyhakim,
usahawan tersebut dilihat mendapatkan rawatan IV drip di sebuah klinik swasta.
Dalam video berdurasi lapan saat itu, Khairul Aming dirakam berada di sebuah bilik sambil menerima IV drip berwarna kuning.
Rakan tersebut turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Khairul Aming melalui kapsyen yang disertakan.
@kemeyyhakimDoakan KA gais, speedy recovery 😭😭
Reaksi Netizen
Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan ucapan semoga cepat sembuh daripada para netizen.
Namun, di sebalik keprihatinan mereka, ramai juga yang terhibur dengan pemilihan lagu latar video tersebut, kerana lagu itu sering digunakan untuk kandungan humor di TikTok.
Semoga Khairul Aming segera pulih dan kembali aktif meneruskan usahanya membantu mereka yang memerlukan.
BACA: Berkat usaha tidak khianati hasil, McDonald raih pendapatan hampir 6 angka sebulan!