Kenyataan Presiden MIC tentang perbahasan ordinan darurat buka pekung di dada

Saya ada membaca kenyataan beliau ini dalam English yang disiarkan dalam ruangan Column Malaysiakini (Eng).

Saya tidak bercadang untuk membuat tampalan tulisan itu di sini sebab ianya panjang (akin to beating around the bush) dan saya juga tidak cadangkan anda mencarinya di Malaysiakini (Eng) kerana perlu subscribe dan kalau anda subscribe, anda membantu portal itu dengan memberi sumbangan kewangan.

Beliau ini bekas MP Kota Raja PRU 2004 dan kalah di tempat yang sama dengan majority kekalahan yang besar pada PRU 2008. Kemudiannya beliau dilantik sebagai President Dewan Negara dan juga President MIC. Katanya kelulusan Undang-undang.

Titah Agong : Lain keputusan BN, lain pula kenyataan Zahid – Presiden MIC |  BebasNews

Beliau menulis atas capacity sebagai Mantan President Dewan Negara. Tidak dapat diketahui kenapa tidak atas capacity President MIC.

Secara ringkasnya, beliau mempersoalkan kenapa Agong masih menitahkan supaya Ordinan Darurat itu mesti dibentang dan dibahaskan di Parlimen.

“In no way do I intend to undermine or indicate any form of disrespect towards the direction of His Majesty Yang Dipertua (sic) Agong, but however i state this on a factual basis. Due to the fact that His Majesty had previously announced that the Emergency Ordinance will lapse after 01.08.2021 and will not be extended, the need to hold a debate on 02.08.2021 will be highly superfluous as it will squander the time awarded for MP’s in Parliament to initiate protocols and procedure towards rebuilding the country.”

Kenyataan beliau mengatakan kalau debate itu dibuat “will be highly superflous as it will squander the time” of the MP’s.

Seterusnya beliau menyebut “We are now indeed treading on uncharted waters. The constitutional monarch has begun to play an active role in the Executive…”

dan selanjutnya menyebut “Since the Emergency Ordinance will lapse on 01.08.2021 and be annulled, there should not be a need for MP’s to be subjected to a lengthy harangue, when more appurtenant issues to the nations (sic) current situation need be handled.”

Beliau juga contradict dirinya sendiri dengan menyebut “The activism by the monarch is much appreciated but the issue here is whether His Majesty’s orders are within the parameters of the Constitution even though this is the ultimate check and balance the nation is seeking.”

Akhir sekali beliau menulis “Why is dirty linen being washed in public causing confidence crisis to the people who are already encumbered with health crisis? Difference in views, if any, should not be debated in public but sorted out across the table.”

Tuan2 nilai lah tulisan itu. Dapatkan yg telah di copy & paste di whatsapp.

Pada saya tulisan ini menunjukkan sebagai bekas MP, bekas President Dewan Negara dan President MIC, beliau tidak tahu apa peranannya perbahasan di Parlimen, kenapa Undang2 termasuk Ordinan perlu dibentang dan dibahas.

Pada dia itu superflous (unnecessary), subjected to a lengthy harangue (agressive speeches) atau pendeknya membuang masa.

Penjelasan dan titah Agong kepada dia adalah “washing dirty linen in public” iaitu satu perbuatan yg memalukan seumpama membuka pekong di dada.

Nasib baik lah dia seorang sahaja. Kalau ada lagi macam dia ini, malu kita!

Sumber :

BACA JUGA : Muhyiddin tetap akan tersungkur, kata pemimpin PH