Kenderaan boleh kapasiti penuh bagi individu lengkap vaksin

Kenderaan boleh kapasiti penuh bagi individu lengkap vaksin.Tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi mereka yang sudah lengkap divaksin di negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebaliknya, bilangan penumpang – dengan syarat sudah divaksin penuh – berdasarkan kapasiti penuh kenderaan.

Ia berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Bagi mereka yang belum lengkap divaksin, SOP lama masih terpakai, iaitu had dua orang dari isi rumah sama untuk keluar mendapatkan barangan asas, serta had tiga orang jika salah seorangnya merupakan pesakit yang perlu diiring bagi mendapatkan rawatan atau untuk kes kecemasan.

Untuk rekod, seseorang itu dianggap sudah divaksin penuh dua minggu selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19, serta 28 hari menerima vaksin dos tunggal seperti Johnson & Johnson dan CanSino.

Kenderaan

Pada masa ini, kawasan yang masih dalam Fasa 1 PPN adalah Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya.

SOP terbaru ini turut menyatakan tiada lagi had perjalanan 10 kilometer asalkan dalam daerah yang sama. Perjalanan rentas daerah masih dilarang.

Kerajaan pertama kali mengumumkan pelonggaran SOP bagi individu yang sudah divaksin penuh pada 8 Ogos lalu, termasu kebenaran merentas daerah dan negeri untuk mengunjungi suami atau isteri (semua fasa).

Manakala bagi kawasan di bawah Fasa 2 dan seterusnya, mereka dibenarkan merentas daerah dan makan di restoran, dengan pematuhan SOP yang ketat.

Dua hari lalu pula, perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin mengumumkan mereka yang divaksin penuh di negeri Fasa 1 juga dibenarkan makan di restoran.

Mereka juga dibenarkan menjalani lebih banyak kegiatan sukan dan riadah, termasuk joging, berbasikal, memancing, mendaki, berkelah/berkhemah, golf serta badminton dan tenis (perseorangan).

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588075

BACA: Panas !!! Diarah jangan terima jawatan kabinet, pemimpin Bersatu buka mulut

COMMENTS

Wordpress (0)