Kenderaan bawa Adun Terengganu terbalik, arus air terlalu kuat

Kenderaan bawa Adun Terengganu terbalik, arus air terlalu kuat

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim terselamat daripada dihanyutkan arus apabila lori dinaikinya terbalik setiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Maliaman yang dalam misi menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Hulu Berang menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM), bagaimanapun hanya cedera ringan.

Kenderaan bawa Adun Terengganu terbalik, arus air terlalu kuat

Beliau yang cedera pada kaki diselamatkan bot penyelamat sejurus kejadian sebelum dibawa ke kawasan selamat.

Kenderaan yang turut dinaiki 13 anggota APM dikatakan terbalik selepas dihanyutkan arus deras sebaik tiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak.

Menerusi laman sosial Facebook rasmi, miliknya, beliau melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada penyelamat yang datang menghulurkan bantuan.

“Allah masih panjangkan usia kami. Saya bersama 13 anggota JPAM dalam misi menghantar keperluan makanan kepada mangsa di sekitar Hulu Berang.

“Nasib tidak menyebelahi kami kerana kenderaan logistik JPAM dibawa arus yang cukup deras berhampiran Sungai Kg Lebak.

“Keperluan makanan, pakaian semua dibawa arus yang cukup deras dan kenderaan logistik juga tidak dapat diselamatkan.

“Saya mohon maaf kerana gagal menghantar keperluan barangan untuk mangsa banjir tadi.

“Jutaan terima kasih kepada penyelamat yang datang memberi bantuan kepada team kami,” katanya.

Tonton:

Berita Lain:
Penduduk tergamam tengok ratusan Burung Tiong jatuh tiba-tiba, ini yang berlaku…

Penuh parut di keseluruhan badan Jerung ini, diiktiraf ikan paling lasak

Kisah tauke cina buat surau untuk staff melayu dipuji, “pekerja saya wajib solat!”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)