Kenapa ya, bila kat hospital mesti ada bau yang sama? Ini sebabnya

Oleh ISMAIL YAHYA

Kenapa ya, bila kat hospital mesti ada bau yang sama? Ini sebabnya

Siapa kat sini yang tak suka ke hospital? Ada bermacam alasan yang mungkin anda pernah dengar sama ada takutkan jarum (trypanophobia),

‘ngeri’ melihat luka dan darah (hemophobia), fobia dengan ubat (pharmacophobia) mahupun tidak selesa dengan bau hospital.

Kenapa ya, bila kat hospital mesti ada bau yang sama? Ini sebabnya

Malah, ada satu fobia khusus terhadap hospital dinamakan nosocomephobia di mana kebiasaan individu yang mempunyai fobia ini juga mempunyai fobia lain seperti yang dinyatakan di atas.

Namun, ada satu persamaan yang mungkin kebanyakan kita akan perasan jika ke hospital sama ada kita mempunyai fobia atau tidak, iaitu bau hospital. Tak kiralah hospital mana pun, kebanyakannya mempunyai bau yang sama. Dari mana ia datang ya? Adakah bau ubat atau bau apa?

Menurut KnowsWhy.com, bau tersebut datang daripada bahan pembasmi kuman yang digunakan. Umum mengetahui hospital merupakan lokasi yang meletakkan ramai pesakit yang mungkin dijangkiti kuman atau patogen. Justeru, bagi mengurangkan risiko penularan bakteria bawaan udara, kebanyakan hospital menggunakan Iodoform, bahan yang menyebabkan bau tersebut.

Iodoform merupakan sebatian yang berasal daripada karbon, hidrogen dan iodin.

Ia merupakan pembasmi kuman yang stabil, digunakan untuk membersihkan wad, koridor dan kawasan lain di hospital. Malah, dalam beberapa situasi, ia juga disembur ke udara selain digunakan sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria.

Bagaimanapun, seiring perkembangan teknologi, banyak hospital yang menggunakan alternatif kurang berbau seperti cetrimide.

Bahan ini dikatakan lebih stabil pada suhu tinggi selain kurang berbau berbanding Iodoform. Jadi, tak hairanlah kalau semakin banyak hospital yang tidak lagi mempunyai bau khusus seperti kebiasaan kita hidu seperti dahulu

BACA: [Video kejadian dalam artikel] Pekan Mundok meletup macam kena bom, bergegar sampai Kelantan, rupanya ini yang jadi