Kenapa PKP 1.0 dulu banyak bantuan, PKP 2.0 tak banyak? Ini jawapannya…

Ada yang tanya sebab apa masa PKP 1.0 dulu kerajaan boleh bagi bantuan ‘Mak Cik Kiah’ dan segala moratorium bagai. Tapi kali ni tak boleh?

Saya kata, masa PKP kali pertama dulu tu, duit kerajaan masih banyak. Hasil penjimatan dan urustadbir yang baik oleh kerajaan PH dahulu.

Lepas ‘Langkah Sheraton’, duit kerajaan banyak dihabiskan untuk menanggung 70 menteri dan timbalan yang tak berguna seduit pun tu.

Bila dah ada terlalu banyak menteri dan kementerian, sudah semestinya nak kena tambah pejabat, pegawai-pegawai dan ‘claim’ sana-sini untuk menteri termasuk pegawai-pegawai semua tu ke hulu-ke hilir.

Tu tak termasuk jawatan-jawatan yang diwujudkan semata-mata untuk sokongan politik macam Duta Khas bertaraf Menteri. Ada pejabat, ada pegawai lagi. Korang ingat depa tu semua buat kerja ‘free’?

Bab bahagi-bahagi projek tu tak usah ceritalah. Semua sedia maklum. Dewan sahaja RM35 juta. Projek sistem imigresen RM1.2 biliun. Ops.

Semua tu kan ke guna duit kerajaan? Jadi, korang nampak kan sebab apa kerajaan kali ni tak mampu lagi nak bagi bantuan ‘Mak Cik Kiah’ segala bagai tu?

Pendek kata, duit kerajaan tu sebenarnya duit kita jugaklah. Faham? –FB