Kenapa kalkatu suka sangat terbang dekat lampu? Kemana perginya kalkatu bila tutup lampu? Ini ceritanya

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa kalkatu suka sangat terbang dekat lampu? Kemana perginya kalkatu bila tutup lampu? Ini ceritanya

Bagi anda yang tinggal di kawasan kampung, pasti pernah melihat serangga seakan semut bersayap yang dikenali sebagai kelekatu.

Sering muncul pada waktu malam, ia akan mengelilingi sumber cahaya seperti lampu atau pelita.

Kenapa kalkatu suka sangat terbang dekat lampu? Kemana perginya kalkatu bila tutup lampu? Ini ceritanya

Lazimnya, orang-orang kampung akan menadah sebesen air atau mengikat beg plastik pada lampu bagi memerangkap serangga tersebut.

Serangga ini juga biasanya akan meninggalkan sayap memenuhi lantai rumah sebelum ‘menghilangkan diri’. Ke mana sebenarnya kelekatu ini pergi?

Untuk mengetahui jawapannya, mari baca perkongsian daripada seorang penulis Ebook Ilmu Hutan dan Youtuber Survival Malaysia, saudara Qairi Ibrahim.

Adakah kekatu kamikaze atau survival?

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat mulia. Lama tak menulis sebab sibuk sikit dengan Ebook Ilmu Hutan dan Mengedit video untuk Malay Survival Skill yang terbaru. Masih dalam proses edit lagi.

Kali ini saya nak berkongsi pasal kekatu, ada sesetengah tempat panggil kelkatu dan kelekatu. Bagi orang sebelah utara pula memanggilnya katu. Ada lagi panggilan-panggilan lain, ada sahabat-sahabat boleh komen apa panggilan di tempat anda?

Apa kaitan dengan tajuk diatas. Apabila kekatu keluar dan terbang, terbangnya kamikaze dan apabila dia di alam bebas dia terpaksa survival supaya terus hidup untuk membiak. Banyak yang akan terkorban sama ada dimakan burung, cicak, katak dan lain-lain pemangsa yang menanti.

Kekatu adalah kekatu ya.. Apabila sampai masa untuk ia terbang mencari koloni baru untuk membiak. Pada waktu petang, ia akan berterbangan tanpa arah tujuan sehingga apabila malam ia akan mengarahkan kepada cahaya lampu.

Disana ia akan berlegar-legar sehingga jatuh ke tanah dan menanggalkan sayapnya. Selepas itu ia akan menyelinap ke segenap ruang dan celah-celahan untuk mencari tempat untuk berlindung serta membina koloni barunya.
Pernah tengok kekatu yang sudah tertanggal sayap? Pernah tengok kekatu yang lain mengikut rapat di belakang ekor yang satu lagi? Yang depan itulah betina dan yang belakang itulah jantan. Hahaha.. Pernah dengar ayat tu? Tapi memang betul..

Ia berpasangan bergerak mencari satu tempat untuk membiak. Yang betina akan menjadi permasuri dan yang jantan menjadi raja. Permaisuri mampu bersaiz sehingga besar ibu jari kaki orang dewasa dan akan bertelur, telurnya yang bakal hasilkan kongkiak, pekerja (anai-anai) dan kekatu.

Kongkiak adalah tentera yang mengawal dan membuka tutup setiap pintu masuk keluar pekerja yang keluar masuk mencari makan. Mengawal telur dan dan membuka pintu serta mengawal keadaan persekitaran bilamana kekatu akan terbang.

Anai-anai (pekerja) hanya berkerja mencari makanan, mengasuh telur dan menjaga telur dan induk selepas telur ditetaskan sehingga besar. Dari induk telur inilah akan terhasilnya ketiga-tiga dalam keluarga anai-anai ini iaitu kelkatu, kongkiak dan anai-anai pekerja.

Nimfa ialah anai-anai mula-mula menetas dari telur, anai-anai yang belum matang dan belum menunjukkan ketiga-tiga jenis keluarga anai-anai ini. Warnanya pun seakan putih kemerahan.

Tidak semua kekatu yang tiba di rumah anda berjaya membina koloninya. Tetapi tetap ada kemungkinan untuk koloni baru terbina bila kena pada keadaan dan masanya yang sesuai.

Kekatu sebagai umpan memancing

Saya nak fokuskan pada kekatu dalam kehidupan seharian kita, tambah-tambah lagi bagi yang minat mancing.

Kalau bab mancing kat tali air, sawah padi, sungai depan rumah atau kat mana-mana saja yang dirasakan ada ikan. Semua lapisan masyarakat sangat minat mancing, lelaki atau perempuan kanak-kanak atau dewasa. Terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan sawah bendang.

Waktu petang memang meriah satu keluarga turun mancing, ada yang guna batang buluh, batang pancing yang dibeli di kedai atau yang jenis karau-karau, pulas-pulas tu.

Antara umpan yang paling baik adalah kekatu lah, semua jenis ikan air tawar sukakannya, tapi satu je masalah dia. Tak boleh simpan lama.

Panjang-panjang saya karang ni sebenarnya nak kongsikan cara untuk bagi tahan lama kekatu ni sebenarnya hihi.. Tapi biarlah saya perkenalkan keluarganya dulu supaya kita tahu dari mana ia datang dan kemana ia pergi. Maafkan saya ya.

Untuk bagi tahan lama, kita boleh awetkan dia dengan garam dan simpan didalam bekas seperti botol bulat, bekas plastik atau apa saja yang boleh ditutup. Awet kekatu ni semudah A B C tapi nak dapatkannya perlu berperang dengan tenteranya iaitu kongkiak. Nasib laaa, kalau kena gigit, boleh berdarah woo..

Kekatu yang siap awet mampu bertahan selama setahun, lama kan? Dua kali musim padi masih boleh guna sebagai umpan. Jadi, boleh dikumpul bila dia datang rumah ya. Buat umpan mancing, kalau tak minat tu tak boleh kata apa lah.

Jadi.. cukup kot setakat ni panjang lebar pasal kekatu ni. Semoga perkongsian ini dapat mengimbau kenangan mungkin bagi sesetengah orang, serta sikit sebanyak memberi pengetahuan dan manfaat untuk kita dan anak cucu kita nanti. Insyaallah. Wallahu’alam.

BACA:

“Lepas i dah buat service tu i rasa fun, mata i dikaburi dengan duit”, Pelajar Universiti dedah buat duit dengan jual gambar je