Kenapa bantuan RM500 untuk rakyat hilang kerja bayar bulan Jun?, soal Najib

Kenapa bantuan RM500 untuk rakyat hilang kerja bayar bulan Jun?, soal Najib

Bantuan bagi penerima BPR yang hilang kerja sebanyak RM500 sekali bagi mereka dengan pendapatan di bawah RM1,000 adalah langkah yang baik.

Tapi kenapa hanya RM500 dan hanya dibayar 3 bulan kemudian pada bulan Jun sekiranya data-data mereka sudah ada dalam BPR?

Mereka dengan gaji di bawah RM1,000 adalah di bawah kategori miskin tegar serta skim eKasih dan layak untuk menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada tahun lepas, kerajaan PN telah janji untuk naikkan bantuan JKM dari RM200 hingga RM300 sebulan kepada RM1,000 selewatnya pada bulan Disember 2020:

3 Dis 2020: PM jamin laksana segera bantuan bulanan JKM RM1,000

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/03/pm-jamin-laksana-segera-bantuan-bulanan-jkm-rm1000/

Namun semakan media minggu lepas di Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM), sebuah kesatuan tempatan dan ketua komuniti Orang Asli mendapati dasar itu belum dilaksanakan selepas lebih tiga bulan.

“8 Mac 2021: Masih menunggu bantuan kebajikan RM1,000 yang dijanjikan”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/08/masih-menunggu-bantuan-kebajikan-rm1000-yang-dijanjikan/

Sebab itu, saya percaya bahawa mereka dengan pendapatan di bawah RM1,000 yang merupaka golongan paling terdesak akan lebih mendapat manfaat sekiranya janji menaikkan bantuan bulanan ke RM1,000 dapat ditunaikan serta-merta.

Dan jika masih mahu teruskan bantuan RM500 sekali bayar seperti diumum semalam, jangan tunggu 3 bulan lagi hingga bulan Jun.

Yang berpendapatan RM1,000 ke bawah dan sudah hilang kerja, tidak akan dapat bertahan sehingga bulan Jun untuk mendapat bantuan RM500 sekali bayar.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri/Ahli Parlimen Pekan

Sumber:https://shahbudindotcom.net/2021/03/18/najib-persoal-kenapa-bantuan-rm500-untuk-hilang-kerja-hanya-dibayar-mulai-jun.html