Kena kecam pakai 'outfit' cecah RM600K, Cik B sekolahkan balik netizen

Kena kecam pakai ‘outfit’ cecah RM600K, Cik B sekolahkan balik netizen

Kena kecam pakai ‘outfit’ cecah RM600K, Cik B sekolahkan balik netizen. Beberapa hari yang lalu, agak kecoh mengenai anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen berkongsi satu foto Oufit Of The Day (OOTD) di media sosial.

Foto itu telah dikongsikan semula oleh Instagram @beastlab dengan menyertakan harga setiap barangan yang digayakannya.

Apa yang menarik perhatian netizen, nilai pakaian Cik B berjumlah RM657,750 seumpama mampu membeli sebuah rumah. Tetapi harus ingat, Cik B merupakan anak seorang usahawan terkenal bertaraf jutawan dan sememangnya mereka sangat berkemampuan.

Di laman twitter, terdapat netizen yang menyindir Cik B yang seolah-olah tidak mempunyai citarasa dengan berpakaian seperti itu.

“Memang yang kaya raya banyak wang ni tasteless ke? Serabut je mak tengok”- tulis akaun @KlutzyKucing

Kena kecam pakai 'outfit' cecah RM600K, Cik B sekolahkan balik netizen

Tweet yang dikongsi pada 3 hari yang lalu telah meraih 1k retweet dan 3k likes. Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak gemar dengan fesyen yang digayakan oleh CikB.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh BEASTLAB™ (@beastlab_)

Kenapa semua panas? Ada masalah ke?

Tanpa mengambil masa yang lama, Cik B menjawab dakwaan ini dengan ringkas.

“Baju tu beli tahun lepas tahun ini baru kali pertama pakai, Cikb main rembat je apa dalam almari asalkan selesa. Bukan nak flex atau style sangat pun hehe. Kenapa semua panas? Ada masalah ke?”- jawabnya di Instagram

“Sebenarnya, baju Cikb sebelum ni semua bundle, Kalau tak pakai baju dior tu nanti rosak pula dan terbiar dalam almari je”- tambahnya lagi

Tapi bagi pendapat GD , tak salah nak berbelanja jika berkemampuan. Lagipun, ibunya bekerja keras untuk berjaya dan menikmati kemewahan yang ada pada hari ini. Jadi tak mustahil, CikB pun bergaya mewah sama seperti ibunya.

BACA:

Lelaki balik bawa bini baru selepas jual buah pinggang isteri

Harga jam tangan TMJ pakai masa final piala FA kejutkan netizen

Wajib ada ‘Bug Out Bag’ ini di setiap rumah, musibah tak ada bau!

CATEGORIES