Kempen terima kasih Firefly tawar diskaun buat pelanggan

Firefly Airlines (Firefly) menawarkan diskaun sehingga 60 peratus untuk semua destinasi dalam negeri dan pakej-pakej percutian untuk hujung minggu yang panjang sebagai sebahagian daripada kempen ‘Terima Kasih’.

Kempen yang dianjurkan sempena menjelang ketibaan Hari kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia itu turut menawarkan 50 peratus diskaun bagi pakej penerbangan dan penginapan.

 “Firefly akan mengambil bahagian dalam pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2019 dari 6 September sehingga 8 September di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur untuk memperkenalkan pelbagai tawaran dan mempromosi destinasi domestik di Malaysia,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu Firefly juga akan melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya September ini sempena Hari Kebersihan Sedunia 2019, yang turut termasuk dalam kempen berkenaan.

“Firefly ingin menunjukkan bahawa ucapan Terima Kasih juga boleh ditunjukkan kepada alam, dan inilah masanya untuk mendidik generasi muda untuk memelihara tanah air kita Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lebih lanjut berhubung kempen, orang ramai boleh melawat https://www.fireflyz.com.my.

BERNAMA

COMMENTS

Wordpress (0)