Kempen kibar bendera putih

Kempen kibar bendera putih bantu masyarakat lebih cakna

Kempen kibar bendera putih bantu masyarakat lebih cakna

Sebelum Maghrib tadi, rakan dari Terengganu send dalam group Whatapps gambar kibaran bendera putih.

Bila aku belek-belek rupanya dekat dengan kejiranan aku tinggal. Tak sampai 1km.

Aku cekau mana cash yang ada di rumah, almaklumlah sekarang lebih banyak gunakan eWallet & QRPAY.

Kempen kibar bendera putih

Sejurus solat Maghrib, aku terus ke rumahnya seperti mana diviralkan. Seorang lelaki keluar bersama anak perempuan & aku bertanya.

“Bang dah makan ke?”

Aku fikir nak oderkan burger, jam dah 7:50pm kedai semua dah nak tutup.

“dah ada yang nak hantar makan” jawabnya.

so aku batalkan niat nak beli makanan takut tak termakan nanti.

“Anak berapa orang bang?”

“2 orang, wife tengah mengandung ni”

Aku tanya lagi

“abang kenal tak ketua KRT, AJk Masjid atau Surau?

“Masjid, En Masnan baru hantar barang sumbangan semalam” ujarnya.

Oklah, tak sempat sambung cerita sorang-sorang datang ke rumahnya.

Datang akak 11 anak kejirannya hantar sumbangan beras & ayam basah. Aku cam sangat akak ni, dia anak ramai jika nak raya Masjid atau Surau tak lupakan keluarganya.

Menyusul lagi yang bawak barang dapur, telur, pampers dan bermacam-macam lagi. Aku jangka kes macam ni pengalaman aku rumahnya akan jadi macam kedai runcit tak lama lagi.

Ada yang mintak no akaun En Zulkifli Bin Samsudin ni, pengalaman aku bila ramai yang transfer menyumbang, pihak bank akan block.

Bila gambar aku singgah ziarah ni tersebar, Pengerusi Surau call & maklumkan pada aku mereka juga dah pernah sampaikan sumbangan & maklumkan jika memerlukan lagi jangan segan hubungi pihak surau.

Awalnya aku agak pelik, komuniti Pulai Indah ni ada 1 Masjid & 2 Surau yang sering mengiklankan bantuan keperluan makanan sepanjang PKP ni.

Macam mana kes bro ni terlepas pandang. Bila Masjid & Surau dah sahkan dia dalam list penerima bantuan oklah. Pihak Masjid ada bayar 2 bulan sewa rumahnya.

Yang musykilkan aku, kenapa dia tulis di FB “Semalam kami dah berpuasa???”

“Saya baru pindah disini 7 bulan” jawab En Zul bila aku tanya dah berapa lama tinggal disini.

Aku berangkat pulang selepas tak putus-putus kejiranan dekat & jauh datang ziarah.

Posting viral sebegini akhirnya mengetuk pintu hati kita. Prihatinkan kita terhadap jiran terdekat?

Netizens memang cekap mainkan peranan, apa pun semak berita sebelum share.

Sumber:

Jika Anda Terlepas:‘Lebai’ merompak kedai emas undang kecaman netizen

CATEGORIES