Kematian semakin tinggi, kerajaan perlu mengaku sudah gagal – Najib

Najib

Kematian semakin tinggi, kerajaan perlu mengaku sudah gagal.Seluruh dunia mencatat 8,022 kematian Covid semalam.

Malaysia sumbang 4.5% (360) daripada angka itu.

Lagi seram ialah 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah Bought In Dead (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak sempat menerima rawatan.

Tanpa mengambil kira saiz penduduk, Malaysia terletak di tangga ke-7 paling tinggi kematian Covid dalam dunia semalam.

Kematian

Dari segi saiz penduduk, Malaysia bukan lagi antara negara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kematian Covid.

Malah Malaysia ialah negara dengan kadar kematian Covid paling tinggi.

Nombor satu.

Ini data dan sains.

Sudah tiba masa untuk kerajaan mengaku gagal.

Ini kematian. Melibatkan nyawa Rakyat Malaysia.

Satu tragedi yang amat besar sekali.

Sumber:

BACA: Pengembara luar negara kuarantin dirumah? Ini gila tahap maksimum

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)