”Kematian pegawai kanan KKM bukan kerana dos penggalak tapi sakit jantung”

”Kematian pegawai kanan KKM bukan kerana dos penggalak tapi sakit jantung”.Kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Chai Koh Meow disahkan akibat penyakit jantung koronari (hemopericardium) dan myocardial infarction, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,
Berdasarkan laporan bedah siasat, beliau berkata, ia bukan kerana dos penggalak vaksin COVID-19 seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

“Saya nak ucap terima kasih kepada keluarga mendiang, abang Dr Chai kerana membenarkan KKM memaklumkan dapatan forensik post-mortem.

“Hasil dapatan laporan ini, telah menyatakan sebab kematian adalah penyakit jantung koronari. Ini adalah laporan yang telah kita terima, dan pihak KKM sedih dengan pemergian Dr Chai,” katanya kepada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam sidang media yang sama, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau berharap kematian mendiang Dr Chai tidak lagi dijadikan bahan spekulasi pihak tertentu, terutama mereka yang ada niat menghalang penerima dos penggalak vaksin.

Kematian

“Kerajaan dan KKM percaya dengan ketelusan … maka saya minta DG (Ketua Pengarah Kesihatan) berkongsi hasil dapatan kematian mendiang dengan jelas bagi menunjukkan tiada apa-apa maklumat yang disembunyikan.

“Apa-apa kes pun kita akan buat siasatan terperinci iaitu forensik dan post-morterm diteliti sebelum satu ketetapan dapat dibuat malah buat masa ini tidak ada kematian yang disebabkan secara langsung dari vaksin, sama ada primary atau booster,” katanya.

Pada 19 November lepas, Dr Noor Hisham berkata, Dr Chai telah melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19 pada 9 Nov lepas dan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut.

Beliau berkata mendiang juga hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 Nov lepas.

BACA: Masa ‘makan’ sahabat lah, masa lain tipu kiri kanan, tegur Veteran Pas kepada Umno

Artikel ini disiarkan pada 28/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)