Kematian Covid-19 masih tinggi, adakah cahaya dihujung terowong hanya fatamorgana?

Covid-19

Kematian Covid-19 masih tinggi, adakah cahaya dihujung terowong hanya fatamorgana. Sekali lagi negara mencatatkan kematian tertinggi dengan 362 Kematian, Dan sebahagian besarnya masih berlaku di lembah Klang.. Bukan sahaja angka kematian, Tetapi Kematian diluar Hospital atau Brought In Dead(BID) juga catat rekod baru, 104 Orang semalam mati keseorangan disebabkan Covid-19.

Itu sebab ramai yang tak faham..Kenapa aku kritik pandangan doktor yang menulis novel mengatakan mengatakan seolah olah kita sudah nampak titik berada dihujung Terowong.. Berbangga dgn katil dan alat pernafasan yg kosong..Tanpa mampu berfikir bagaimana untuk mencari jalan keluar, selesaikan soal kematian terutama Kematian diluar Hospital.

Alhamdulillah.. Hari ini KJ dah mula sentuh untuk berikan perhatian pesakit Stage 3 untuk diberikan rawatan awal di Hospital..Semalam pun aku ada sentuh bertapa pentingnya rawatan awal diberikan untuk mengurangkan resiko kematian.. Tetapi masih tumpuan utama adalah kelompok ada faktor komorbiditi.

Benar, Harapan KJ itu baik.. Tapi harus diingat, Untuk Laksanakannya perlukan Kos, Ini lah kemungkinan besar KKM hadapi dalam keadaan Ekonomi kita hari ini saban Minggu dan Bulan berhutang hatta untuk bayar gaji kakitangan awam.. Bukan dari sudut sumber manusia.. hatta Aset dan suntikan kewangan.. bagi aku kos diperlukan sekurang kurang 50% dari kos Vaksinasi dalam keadaan jangkitan tinggi hari ini…

Kematian

Tu sebab aku marah sangat bila Doktor sendiri gagal berfikir..Taksub dengan program Vaksinasi..Aku bukan anti Vaksin.. Aku akui Vaskinasi salah satu jalan keluar terbaik..tetapi jangan lah kita menulis Novel seolah olah dah capai kemenangan, Kononnya ICU dan Bantuan Pernafasan kosong tidak digunakan..

Dalam kita menulis Novel..Sedangkan Ramai rakyat tercungap cungap sesak nafas dirumah tanpa bantuan…Itu Zalim namanya.. mereka tidak diberikan hak dan rawatan.. Kalau semua keperluan,Katil ini diisi dari awal tanda kritikal, dari Staege 2 dan 3 pun dirawat di Hospital.. baru lah kita boleh berbangga..

Ingat, Vaksin bukan Ubat.. Jangan jadi Bodoh mcm KJ dan PM 8 dan 9 sebelum ini.. Kadar jangkitan dan mereka yg cetuskan Jangkitan hampir setara mengikut rekod hari ini di Hospital samaada divaksin atau tidak…. depa Anggap selesai Vaksin..semuanya selesai..Tu sebab aku tegur DG Noor Hisham sejak awal perbandingan Labuan seperti Langkawi yang terpisah dengan daratan dengan Ibu Kota KL dan Lembah Klang perbandingan yg salah.. Ia perlukan masa untuk dilandaikan..

Sejak sebulan Novel dihujung terowong ditulis, Sudah berapa ramai yang mati, Setiap 4 Hari.. Seribu kematian.. Esok hampir pasti cecah 18 Ribu kematian.. kalau ikut angka kematian hari ini.. Kemungkinan setiap 3 hari, 100 Kematian, Kalau purata 70 kematian luar hospital(BID), Ia bermaksud 2700 mati luar Hospital setiap Bulan.. sedangkan kita berbangga katil ICU dan Alat bantuan Pernafasan kosong..

Ada ketika kita nampak cahaya..Sedangkan ianya hanyalah Fatamorana.. Ianya Tipudaya..Sebagaimana Kerajaan hari ini.. Nampak seakan akan perubahan.. Ianya hanyalah Pembohongan..Tidak apa yang kita akan perolehi jika kuasa diperoleh dari cara pengkhianatan.. Akan tiba masanya Allah akan membalas.

Sumber:

BACA: [Video] Detik cemas Myvi putih dihanyutkan arus deras