Kemana hilang suara Najib sekarang?

Kemana hilang suara Najib sekarang. Hari ini genap 15 hari Mail Sabri angkat sumpah jadi PM. PM Facebook Najib Razak sembang kita perlukan hanya 14 hari sahaja untuk total lockdown; masa itu dia punya cakna bab kematian sebanyak 4389 dan kes sebanyak 620k.

Tapi kematian dalam masa 15 hari pemerintahan UMNO ini adalah sebanyak 4283 dengan kes kumulatif sebanyak 1.57 juta, hairan dia langsung tak berbunyi, sibuk bab ulas sukan di kala kematian makin mengila.

Bab cadangan dia untuk i-survive ke, i-sinar penuh ke, i-lestari ke, moratorium penuh ke, atau diskaun elektrik ke, tuan-tuan jangan mimpi dia akan bersuara. Matlamat dia telah tercapai, tuan-tuan hanya jadi alat sahaja untuk dia berkuasa. Dia sebenarnya bising benda ini bukan untuk tuan-tuan pun, dia bising hanya hendak pressure supaya UMNO jadi kerajaan. Bila UMNO dah jadi kerajaan, tuan-tuan yang percaya dengan dia tadi habis semua kena tipu.

hilang

 

Sebab itu tuan-tuan kena baca transkrip mahkamah. Baca summary judgement kes kehakiman dia. Macam mana dia dan bini dia guna duit rakyat bayar kad kredit bebelanja di hawaii, buat jet kerajaan macam jet peribadi. Untuk setiap pertuduhan rasuah dan pecah amanah, dia hanya mampu cakap dia tak tau dan salah semua orang lain termasuk la Jho Low. Kalau di mahkamah dunia dia sudah berlepas diri, adakah tuan-tuan rasa di mahkamah akhirat dia akan bertanggungjawab pada janji dia?

Inilah yang saya ulang banyak kali dulu. yang menulis itu bukan dia. Yang menulis itu tentera ketum. Tapi tuan-tuan tak mahu dengar cakap saya. Bila tuan-tuan sendiri dah tengok yang Najib sibuk ulas bab sukan, percayalah tuan-tuan sekarang sudah sama taraf dengan ولعون yang kena tipu bab RUU355 oleh lebai.

Jangan risau, setiap permasalahan ada penyelesaian. Kalau Najib Razak dan Tentera Troll Kebangsaan Malaysia tak mahu bertanggungjawab atas jaminan mereka, tuan-tuan berdoa sahaja pada Allah SWT supaya mereka ini di bangkitkan bersama-sama di hari kemudian; sekali dengan mutfi al-ghadr dan PM PDF. Dan pohonkan azab dua kali lipat sebab telah menipu tuan-tuan semasa di dunia dan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia.

Sumber:

BACA: Tiga remaja lari lintang pukang, tengah photoshoot pocong muncul di belakang

COMMENTS